shallom saudara dan saudari
ini adalah sebahagian sharing teman saya iaitu brother Albert . Sangat diberkati dengan sharing ini
kerana penyertaan Tuhan yang sangat luar biasa dalam pekerjaan nya sebagai pelajar
selamat membaca ^__^
Shallom..Sharing saya untuk petang ni.
Hari ini saya telah mempelajari satu hal dan jauh di sudut hati menyatakan dan berharap saya tidak akan menjadi sebahagian daripada golongan itu. Syukur group asaimen yang terpaksa di buat semula kerana kekurangan maklumat berjaya disiapkan hari ini walaupun terpaksa mengorbankan masa untuk. Saya puas kerana saya melihat asaimen yang begitu sukar dan paling banyak memakan masa untuk disiapkan semester ini siap dengan sumbangan saya walaupun tidak terlalu banyak. Ini merupakan saat manis saya setelah stress dan hampir putus asa sepanjang ini. Thanks God.
Satu hal yang terpaksa dihadapi dan menganggapnya tiada semasa serta tidak berlaku. Jam 1000am sepatutnya berjumpa di PKP tetapi ada yang datang jam 1230pm bahkan ada yang tidak datang. Selain itu, semasa menaip, berbincang dan sibuk mencari maklumat tambahan, ada pula yang ketawa, bergurau, sibuk ber'sms', dan baring2. Sakit mata memandang, sakit lagi bahu memikul. Tapia pa boleh buat. I am sorry Jesus. Mungkin ada di antara kita yang pernah atau tidak pernah merasainya iaitu melakukan tugasan kumpulan tanpa kerjasama dan komitmen yang padu daripada raka-rakan dan bebarapa perkara terpaksa kita siapkan tugasan yang sepatuutnya dilakukan oleh orang lain tetapi saya secara peribadi bersyukur kerana ada beberapa perkara yang saya ambil iktibar daripada situasi tersebut. Saya percaya, banyak perkara lewat daripada semuanya yang boleh saya aplikasikan serta jadikan teladan apabila berhadapan dengan dunia luar(alam pekerjaan) kelak. Itu yang paling penting.
Perkara yang saya ingin kongsikan ialah komitmen. Mungkin kita tidak mampu memberikan komitmen secara 100% kepada orang lain tetapi kita boleh memberikan komitmen yang terbaik kepada diri sendiri. Secara peribadi, saya berpendapat bahawa, berkomitmen kepada diri sendiri terlebih dahulu penting bagi membolehkan kita membolehkan komitmen kepada orang lain.
Mungkin juga pernah merasa sangat geram dengan orang lain kerana mesej anda yang meminta rakan satu kumpulan untuk menyiapkan tugasan kumpulan pada masa yang ditetapkan tidak dibalas bahkan kerja yang diberikan melebihi masa yang ditetapkan apatah lagi anda ketua atau bukan ketua tetapi semua mengharapkan kamu menyiapakannya. Ya, saya merasai ini, sangat geram dan marah, hanya Tuhan yang tahu. Tambahan lagi, dengan exam serta asaimen lain. Saya pernah meluah dengan orang lain bahawa saya bukan robot dan bukan satu tugasan sahaja yang mau buat kerana orang lain kata saya busy, outing, ada meeting/ asaimen lain. Dan tidak pernah saya ‘ter’ dan menghakimi orang lain dalam hati. Dulu, saya pernah orang berkata bahawa golongan lelaki ini merupakan golongan yang sangat susah memberikan komitmen tetapi kita perlu tahu kini golongan wanita sama dengan lelaki. Bukan semua tetapi ramai dan semakin ramai orang yang boleh diharapkan( +/- 50-50). Setuju atau tidak ini pendapat saya kerana itu yang saya simpulkan daripada pengalaman saya.
Oleh itu, saya mengharapkan kita ambil ikhtibar daripada pengalaman ini. Mungkin anda tidak pernah merasai semester atau di UUM tetapi kita tidak tahu di luar sana. Jauh2, kerana Tuhan tidak pernah merencanakan yang buruk untuk kita tetapi kita perlu sedar dan tahu bahawa ‘rambut sama hitam tetapi hati lain-lain’. Be ready and courage. Saya berdoa supaya kerjasama dalam kalangan kita sebagai satu tubuh tidak akan berkurangan tetapi akan ditambahkan lagi AMEN. Selamat berkomitmen untuk saya dan anda semua. God bless and all the best for our exam…^^

Hahah..Thanks Winncy, post sharing saya di blog kamu..hahah.lucu pula sy baca..haha..
ReplyDeletehehhee...okeyyy..sangat diberkati albert..sbb sya pun antara yg pernah mgalami..
ReplyDelete